Samsiah Rahman, Sarjana Seni Halus (Ukiran dan Seramik)
Universiti Tasmania (UTAS) sangat berbangga akan hubungannya yang sudah sekian lama dengan Malaysia. Sudah berpuluh-puluh tahun kami mengalu-alukan kedatangan pelajar dan ilmuwan dari Malaysia ke Tasmania. Malahan, Kelab Pelajar Malaysia merupakan kelab pelajar antarabangsa yang pertama sekali ditubuhkan di UTAS. Pada hari ini, kira-kira 500 pelajar Malaysia sedang mengikuti kursus pendidikan UTAS yang juga merupakan antara salah satu tempat yang paling mesra dan selamat di Australia.
Syarat-syarat Kemasukan bagi Pelajar dari Malaysia
Syarat-syarat kemasukan bergantung pada kursus pengajian yang ingin diikuti di UTAS. Pelajar mesti mencapai gred kemasukan yang disyaratkan serta memenuhi keperluan bahasa Inggeris dan mana-mana mata pelajaran yang disyaratkan bagi kursus yang dipilih supaya layak menerima tawaran.
Kursus asasi
Pelajar yang tidak menepati syarat-syarat akademik bagi kursus mahasiswa yang dipilih boleh menyertai Program Pengajian Asasi UTAS.
Pelajar perlu selesai menduduki peperiksaan SPM, GCE O levels (keputusan ramalan diterima), ataupun Senior Middle 2 (UEC).
Jika pelajar belum memenuhi keperluan yang dikenakan bagi bahasa Inggeris, maka dia perlu menjalani ujian UTAS Access-English tahap 5.
Kursus Mahasiswa
Pelajar perlu mencapai sekurang-kurangnya 7 markah keseluruhan dalam peperiksaan STPM bagi 3 mata pelajaran terbaik untuk memasuki tahun pertama sebagai mahasiswa.
Beberapa program ijazah mengenakan syarat kemasukan tambahan ataupun yang lebih tinggi daripada yang disebutkan. Sila rujuk pada laman web kursus kami untuk mengetahui syarat-syarat kemasukan bagi kursus yang hendak diikuti.
Markah Kemasukan bagi Kursus Mahasiswa
Bagi kebanyakan kursus mahasiswa, pelajar juga perlu mencapai markah kemasukan tertentu, berdasarkan Peringkat Kemasukan Pengajian Tinggi Australia (ATAR). Sila rujuk pada laman web kursus kami untuk mengetahui markah ATAR yang perlu dicapai bagi kursus yang hendak diikuti.
Untuk menukar markah yang anda peroleh di Malaysia kepada markah ATAR, sila rujuk pada jadual di bawah ini.
Jadual Pertukaran ATAR
Peratus | 95% | 90% | 85% | 80% | 75% | 70% | 65% | 60% | 55% | 50% | ||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Gred | A+ | A | A- | B+ | B | B- | C+ | C | C- | D | ||||||||||||
ATAR | 95+ | 90 | 85 | 80 | 75 | 70 | 65 | 60 | 55 | 50 | ||||||||||||
Malaysia | 15 | 13 | 11 | 10 | 9 | 8 | 7 | 7 | 6 | 6 | ||||||||||||
Malaysia | 4.00 | 3.67 | 3.33 | 3.33 | 3.00 | 3.00 | 2.67 | 2.67 | 2.33 | 2.00 | ||||||||||||
Malaysia | 5 (berpurata A1) | 10 (berpurata A1) | 12 (berpurata A2) | 18 (berpurata A2) | 20 (berpurata B3) | 22 (berpurata B3) | 25 (berpurata B4) | Selesai menjalani UEC | Selesai menjalani UEC | Selesai menjalani UEC |
*Malaysia 1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Sebelum tahun 2012:
Markah purata dihitung menggunakan 3 gred tertinggi termasuk bahasa Inggeris dan mana-mana mata pelajaran yang disyaratkan (A = 5, B = 4, C =3,D = 2, E = 1).
**Malaysia 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Mulai tahun 2012: GPA Terkumpul
***Malaysia 3 Unified Education Certificate (UEC)
Markah purata dihitung menggunakan 5 gred tertinggi dan mana-mana mata pelajaran yang disyaratkan A1=1, A2=2, B3=3, B4=4, B5=5, B6=6, C7=7, C8=8
Kursus Pascaijazah
Syarat kemasukan bagi kursus pascaijazah di UTAS kebanyakannya setaraf dengan ijazah sarjana muda Australia dari institusi yang diiktiraf.
Selain itu, pelajar perlu memenuhi syarat bagi mana-mana mata pelajaran yang berkenaan dengan kursus pilihannya dan keperluan bahasa Inggeris supaya layak menerima tawaran. Sila rujuk pada laman web kursus kami untuk mengetahui syarat-syarat kemasukan bagi kursus yang hendak diikuti.
Biasiswa
Sebanyak 1,350 biasiswa ditawarkan setiap tahun oleh Universiti Tasmania, dan kira-kira sepertiga daripadanya diberikan kepada pelajar antarabangsa. Antara biasiswa yang sesuai dimohon oleh pelajar dari Malaysia ialah:
- Biasiswa Pelajar Cemerlang Pengajian Asasi
- Biasiswa Pemimpin Wanita
- Biasiswa Sejarah, Politik, Falsafah, Bahasa Inggeris seperti yang diterangkan tadi
- Biasiswa Undang-undang Malaysia
- Biasiswa Antarabangsa Tasmania
Anda juga mungkin berminat memohon biasiswa-biasiswa lain.
Komuniti Malaysia di Tasmania
Komuniti Malaysia di dalam dan di luar kampus sangat aktif dalam melaksanakan aktiviti masa lapang dan suka saling membantu sesama sendiri. Pelbagai persatuan sosial, budaya, dan keagamaan, serta beraneka restoran dan kedai runcit Asia (contohnya barangan buatan Malaysia atau makanan vegetarian dan halal) pasti akan memudahkan proses peralihan anda kepada kehidupan yang serba baharu di Tasmania.
Antara pertubuhan komuniti Malaysia tempatan di Tasmania ialah:
- Kelab Pelajar Malaysia UTAS (Hobart)
- Persatuan Pelajar Malaysia UTAS (Launceston)
- Laman Facebook Majlis Pelajar Malaysia Australia Tasmania
Ejen di Malaysia
Perlukan nasihat selanjutnya mengenai kursus dan kehidupan di Tasmania? Ejen-ejen kami di Malaysia boleh membantu anda.
Beberapa Pautan yang Berguna
- Suruhanjaya Tinggi Australia, Malaysia
- Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Australia
- Discover Tasmania